Dasar Privasi
Kemas kini terakhir: 30 Jun 2026
Dasar Privasi ini menerangkan cara UVW GROUP SDN BHD("kami"), pengendali Konvertd Affiliate (affiliate.konvertd.com), mengumpul, menggunakan dan melindungi data peribadi anda, selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA) Malaysia.
1. Data yang kami kumpul
- Akaun (peniaga & affiliate): nama, emel, butiran pembayaran (cth DuitNow/bank).
- Penggunaan: klik rujukan, jualan (conversion), komisen, log aktiviti.
- Pelanggan rujukan: emel pelanggan yang membeli melalui pautan affiliate (untuk atribusi & cegah penipuan).
- Teknikal: alamat IP (disimpan sebagai hash, bukan IP penuh), agen pelayar, kuki rujukan.
- Pembayaran: diproses oleh Stripe. Kami tidak menyimpan nombor kad penuh anda.
2. Tujuan penggunaan
Menyediakan dan mengendalikan platform affiliate, mengira & membayar komisen, mengesan penipuan, sokongan pelanggan, pematuhan undang-undang, dan pemberitahuan berkaitan akaun.
3. Pendedahan
Kami berkongsi data hanya dengan penyedia perkhidmatan yang diperlukan (cth Stripe untuk pembayaran, hos pelayan) dan apabila dikehendaki undang-undang. Kami tidak menjual data peribadi anda.
4. Penyimpanan & pengekalan
Data disimpan selagi akaun aktif dan selama tempoh yang diperlukan untuk tujuan perakaunan, cukai dan undang-undang. Selepas itu, data dipadam atau dianonimkan.
5. Hak anda (PDPA)
Anda berhak untuk akses, membetulkan, dan memadam data peribadi anda, serta menghadkan atau menarik balik kebenaran pemprosesan. Untuk melaksanakan hak ini, hubungi kami (bahagian 7).
6. Keselamatan
Kunci rahsia dikaburkan (hash), capaian pangkalan data terhad kepada pelayan kami (RLS), dan IP disimpan sebagai hash. Walau bagaimanapun, tiada sistem yang 100% selamat.
7. Hubungi kami
Sebarang pertanyaan privasi atau permintaan data: WhatsApp +60 18-989 9495.